Jun 13 2008
Hari Yang Suram..
-
Malam tadi aku terima berita pemergian seseorang. Dia bekerja di Koperasi dulu…telahpun bersara tahun lalu. Aku sempat bekerja dgn dia setahun lebih. Ntah kenapa terasa tangan aku menggigil. Mcm tak percaya. Kalau diikutkan, aku tak kenal dia lama seperti staf-staf lain. Cuma dia… seorang yg aku respect. He’s very humble, seorang yg penuh ilmu, jujur, amanah. Staf-staf lain yg pernah kena tegur dgn dia, sure akan ingat sampai bila-bila. Dia tegur lembut tp cukup menusuk hati. Jarang sekali staf-staf nampak dia marah..
-
Kebetulan juga, dia kawan ayah aku. Satu skuad dgn ayah aku masa ayah aku mula-mula join askar dulu.
-
Tadi…aku & beberapa rakan sekerja pergi ziarah rumahnya. Aku tak tahan sebak bila nampak wajah dia. Wajah dia macam tersenyum. Orang alim agaknya kan…sejuk je wajah dia. Dia dikebumikan lepas sembahyang jumaat tadi.
-
Semoga tuan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Salam takziah buat keluarga arwah Mej (B) Abdul Aziz bin Baharuddin. Al-Fatihah.
-
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
Not A Member? Register for Free!
